BAKU, Azerbaijan – Juara dunia lima kali, Lewis Hamilton mengakui terlalu ‘berlembut’ dengan rakan sepasukannya Valtteri Bottas hingga membuka peluang kepada pelumba Finland tersebut untuk muncul juara pada perlumbaan Formula Satu (F1) di Grand Prix (GP) Azerbaijan kelmarin. Pada perlumbaan tersebut, Bottas yang memulakan saingan di petak pertama tidak memberi ruang kepada Hamilton untuk memintasnya meskipun pelumba Britain tersebut dilihat cuba memberi tekanan sewaktu di selekoh pertama. Bottas memanfaatkan peluang yang ada dan terus mendominasi saingan pertama hingga ke garisan penamat untuk muncul juara di Baku. Kemenangan itu menyaksikan Bottas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya