KUALA LUMPUR 28 April – Penduduk flat Taman Keramat Permai, Ampang dekat sini bimbang kejadian salah satu blok pangsapuri berkenaan yang runtuh kira-kira 25 tahun lalu berulang ekoran keretakan baharu yang dikesan Jumaat lalu. Penduduk, Amran Zainuddin, 55, berkata, dalam kejadian pada 1994, kediaman blok C yang terletak berhampiran lereng bukit terpaksa diruntuhkan selepas beberapa unit rumah roboh akibat hakisan. Katanya, gelongsoran tanah yang berlaku memusnahkan menyebabkan lantai rumah di tingkat satu pecah sehingga menampakkan ‘isi tanah’. “Struktur lantai yang pecah menyebabkan air masuk ke dalam rumah dan selepas pemeriksaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya