BEIJING 27 April – Polis China berjaya menumpaskan rangkaian pembuatan permainan Lego palsu bernilai kira-kira AS$30 juta (RM123 juta) di seluruh negara. Polis menyerbu pengilang China yang menghasilkan Lego palsu iaitu Lepin di bandar Shenzhen dan menahan empat orang suspek pada awal minggu ini. “Pada Oktober tahun lalu, polis Shanghai mendapati permainan blok bangunan Lepin di pasaran adalah sangat serupa dengan Lego. “Polis berjaya merampas 630,000 kepingan permainan yang lengkap bernilai lebih AS$30 juta (RM123 juta),” kata kenyataan dikeluarkan oleh polis. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya