GABORONE 20 April – Sebuah syarikat berlian mendedahkan berlian biru terbesar pernah ditemukan di negara ini. Lapor Mail Online memetik kenyataan dikeluarkan oleh Syarikat Berlian Okavango sebagai berkata, berlian tersebut mempunyai berat 20.46 karat dan menduduki tangga teratas dalam sejarah penemuan berlian biru sepanjang zaman. Berlian berbentuk bujur itu dinamakan sebagai The Okavango Blue sebagai tanda memperingati Okavango Delta, tapak warisan negara ini yang terkenal dengan kehidupan liar. Tambah syarikat tersebut, berlian itu dijangka dilelong pada penghujung tahun ini. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya