KUALA LUMPUR 10 April – Jenazah pemain golf negara, Arie Irawan Ahmad Fauzi yang meninggal dunia di China, Ahad lepas, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini, hari ini pada kira-kira pukul 6.10 petang. Suasana pilu dan hiba menyelubungi kawasan pengebumian yang turut dihadiri oleh sahabat handai dan juga saudara mara Allahyarham. Jenazah Allahyarham tiba di Lapangan Terbang Subang pagi tadi sebelum dibawa ke rumahnya di Taman TAR, Ampang untuk solat jenazah. Arie Irawan, 28, meninggalkan seorang isteri, Wan Edna Marina Wan Malik. Sementara itu, jurucakap keluarga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya