DALAM tempoh kira-kira dua minggu sahaja, video persembahan ‘budak sekolah’ bermain caklempong ini mendapat tontonan lebih satu juta kali dalam laman YouTube. Aksi dan gaya tersendiri pelajar tingkatan satu hingga lima Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Klawang, Negeri Sembilan itu mendendangkan lagu Ddu-Du-Ddu-Du, lagu daripada kumpulan Korea, Black Pink berjaya memikat pengguna media sosial. Video yang dirakam di dalam sebuah bilik di sekolah itu tular dan secara tidak langsung menarik minat orang ramai kepada seni muzik tradisional Melayu itu. Realitinya, kumpulan yang dikenali sebagai Lentera Kesuma ini bukan calang-calang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya