CAMBRIDGE, Massachusetts – Satu kajian baharu oleh penyelidik di Universiti Harvard menunjukkan pengambilan minuman ditambah gula meningkatkan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular mahupun kanser khususnya kepada wanita, lapor jurnal Circulation baru-baru ini. “Meminum air kosong berbanding minuman manis adalah pilihan lebih sihat dan boleh meningkatkan jangka hayat,” kata ketua penyelidik Jabatan Nutrisi di Sekolah Kesihatan Awam T.H Chan Universiti Harvard, Dr. Vasanti Malik. “Soda diet mungkin boleh membantu mengurangkan pengambilan air manis secara berperingkat tetapi air kosong adalah pilihan paling baik,” tambahnya. Penemuan itu merangkumi semua jenis air ditambah gula…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya