GAZA 6 APRIL – Sekurang-kurangnya 6,000 kanak-kanak Palestin telah ditahan oleh pihak berkuasa rejim Zionis sejak 2015. Menurut Persatuan Banduan Palestin dalam satu kenyataan dikeluarkan sempena Hari Kanak-Kanak Palestin, daripada jumlah itu, 98 peratus kanak-kanak yang ditahan mengalami penderaan dari segi psikologi dan fizikal sepanjang dalam tahanan. Tambah persatuan berkenaan, puluhan kanak-kanak ditahan selepas ditembak atau dicederakan oleh rejim Zionis. Lapor al-Jazeera, kanak-kanak yang tinggal di Baitulmuqaddis Timur paling ramai dijadikan sasaran oleh rejim Zionis dan berpuluh daripadanya ditahan lebih daripada sekali dalam tempoh sebulan. Kanak-kanak yang ditahan ketika serbuan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya