SEJAK kebelakangan ini, selebriti tempatan sering dikaitkan dengan isu penggunaan ilmu hitam. Jika Misha Omar dituduh oleh netizen menggunakan cara kotor untuk memenangi tempat ketiga dan vokal terbaik pada Anugerah Juara Lagu Ke-33 (AJL33), lain pula kisahnya dengan bekas peserta Gegar Vaganza 3, Zur Eda. Menerusi ruangan pojok sebuah akhbar mingguan, penyanyi yang popular dengan lagu Pelitaku itu dikatakan sedang sakit akibat terkena ilmu hitam yang dihantar oleh rakannya sendiri. Zur Eda atau nama sebenarnya, Zuraidah Mokhtar juga dikatakan sudah lama menyepi dan tidak menerima undangan nyanyian disebabkan oleh masalah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya