KUALA NERUS 28 Feb. – Kesempitan hidup memaksa seorang wanita di Kampung Alur Damat di sini mencari pendapatan dengan mengutip barangan lusuh dari tong sampah untuk menyara lima anaknya. Begitulah rutin Nor Roslina Abd. Razak, 32, sejak lebih enam bulan lalu demi mendapatkan kira-kira RM10 sehari untuk membeli makanan buat anak-anaknya yang berusia tiga hingga 11 tahun. Dengan ditemani anak sulungnya, Muhammad Asmawi Yuszaidi dan anak bongsu, Alif Syaaban, tiga beranak ini akan menunggang motosikal dan menyelongkar tong sampah di sekitar kediaman mereka untuk mencari besi dan botol. Tuntutan kerja…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya