KANGAR – Ibu kandung kepada kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang dikurung dan ditinggalkan selama dua hari di sebuah rumah di Taman Hijrah di sini Jumaat lalu akan diberikan kaunseling oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Pengarah JKM Perlis, Mohammad Hazam Ismail berkata, ibu tunggal berusia 31 tahun itu didapati mempunyai kepercayaan yang salah iaitu anaknya selamat walaupun ditinggalkan berseorangan di rumah ketika dia berurusan di luar. “Wanita itu percaya anaknya selamat berada di rumah kerana dia menyatakan telah menyimpan semua benda berbahaya seperti pisau serta mencabut kepala tong gas. “Itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya