KUALA LUMPUR 4 Mac – Akibat menumbuk muka dan menendang kaki seorang pekerja swasta di sebuah pusat beli-belah, seorang wanita didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini. Majistret Siti Radziah menjatuhkan hukuman itu ke atas Nurul Lieana Johari , 31, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja telah mendatangkan kecederaan kepada Nabeelah Basri ,33, dengan menumbuk muka sebelah kanan mangsa menggunakan tangan kanan dan menendang kaki kanan mangsa. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh yang bekerja di bahagian khidmat pelanggan menjalani hukuman penjara tiga bulan, sekiranya dia gagal membayar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya