KUALA LUMPUR 4 Mac – Polis menahan seorang lelaki dan dua wanita warga asing yang dipercayai pengedar dadah dalam satu serbuan di sebuah apartmen di Puchong, dekat sini semalam. Kesemua suspek berusia 25 hingga 39 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang kira-kira pukul 11.45 malam. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, kesemua suspek ditahan di kawasan meletak kenderaan apartment tersebut dan dipercayai sedang menunggu pelanggan. “Selain tangkapan, kita turut merampas 1,890 biji pil disyaki…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya