KAJANG – Calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Kuan Chee Heng akan menempatkan sekurang-kurangnya tiga buah ambulans di sekitar pusat mengundi esok bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan perubatan. Chee Heng, 56, atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang berkata, langkah tersebut diharap dapat memberi keselesaan kepada pengundi terutamanya golongan warga emas yang berdepan dengan masalah kesihatan. “Saya akan menempatkan tiga buah ambulans bersama dengan pegawai perubatan bagi membantu sekiranya ada antara pengundi memerlukan rawatan,” katanya kepada pemberita di Hospital Kajang di sini semalam. Ikuti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya