BALING 31 Mac – Sebuah keluarga yang sedang beristirehat di ruang tamu sebuah rumah tidak menyedari bahawa mereka ‘ditemani’ seekor ular tedung selar seberat lapan kilogram dalam kejadian di Kampung Haji Abbas di sini semalam. Bagaimanapun mereka bernasib baik, apabila terdengar bunyi dengusan reptilia berbisa itu dan sempat menyelamatkan diri daripada dipatuk ular yang berada di bawah meja di kawasan itu. Berikutan itu, keluarga berkenaan menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu. ANGGOTA APM menangkap ular tedung selar dalam kejadian di sebuah rumah di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya