REMBAU 31 Mac – Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau sentiasa berusaha membela golongan miskin semasa tiga penggal menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan kerana pernah merasai pengalaman hidup susah. Timbalan Presiden UMNO itu berkata, beliau menjadi anak yatim semasa berada dalam darjah lima dan pernah berlapar kerana kemiskinan hidup. “Sebab itu apabila menjadi menteri besar, dasar pertama diperkenalkan ialah Dasar Jaringan Keselamatan Sosial yang membantu orang miskin. Pada awalnya sebanyak 5,000 orang miskin menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sepanjang 14 tahun pentadbiran, 33,000 orang telah dibantu. “Saya tahu susahnya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya