BERGELAR mekanik mungkin bukan kerjaya idaman wanita, apatah lagi jika membabitkan jentera berat seperti kapal terbang. Malah, agak janggal melihat wanita bergelumang dengan minyak enjin dan kotoran iaitu kerjaya yang biasanya didominasi lelaki. Tetapi, kejanggalan itu sedikitpun tidak mengubah pendirian Nur Amirah Shazana Mazran, 28, untuk meneroka bidang penyenggaraan pesawat. Beliau kini bertugas sebagai Juruteknik Penyenggaraan Kapal Terbang (Avionik) di Sepang Aircraft Engineering (SAE). Kerjaya itu selama ini dimonopoli kaum Adam. Situasi itu memberikan cabaran kepada Nur Amirah terutama dalam membuktikan bahawa wanita juga mampu mencipta kejayaan dalam bidang tersebut. …
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya