TANJUNG MALIM 17 Mac – Kerajaan negeri masih belum membuat keputusan mengenai cadangan bangunan Silveritage di Medan Gopeng dekat Ipoh dijadikan terminal bas ekspres Ipoh Selatan. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beberapa perundingan telah dijalankan pihaknya bersama Kementerian Pengangkutan melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta ejen jualan tiket yang terlibat. Bagaimanapun katanya, sehingga kini belum ada sebarang ketetapan yang dibuat berhubung perkara tersebut. “Apabila kita mahu adakan terminal baharu atau sebagainya, ia perlu dibawa kepada perbincangan Kementerian Pengangkutan dan agensinya, APAD. Kerajaan negeri dan pejabat saya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya