AMMAN 4 Mac – Syria menghadiri mesyuarat antara Parlimen Arab buat kali pertama sejak konflik peperangan tercetus di negara itu pada 2011. Speaker Parlimen Syria, Hammouda Sabbagh menjadi wakil Syria dalam mesyuarat terbabit. Rakan sejawatannya dari Jordan, Atef al-Tarawneh menggesa negara-negara Asia Barat untuk bekerjasama ke arah penyelesaian politik terhadap krisis Syria dan untuk Syria mengembalikan kedudukannya di ‘dunia Arab’. Beberapa negara Arab melahirkan sokongan terhadap kepulangan Syria ke Liga Arab. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya