SEPANG 4 Mac – Kesaksamaan gender dan pemberdayaan wanita akan memberikan impak kepada pertumbuhan ekonomi dan mendorong Malaysia ke arah matlamat menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) adalah tulang belakang ekonomi Malaysia dengan kira-kira 99 peratus perniagaan berada di dalam kategori PKS. Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, daripada jumlah tersebut, sekitar 20 peratus perniagaan dimiliki, dikendalikan atau dikelolakan oleh wanita. “Oleh itu, hanya dengan meningkatkan penyertaan wanita dalam PKS…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya