LANGKAWI – Pasangan suami isteri yang diburu polis bagi membantu siasatan kes kehilangan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun sejak hujung bulan lalu dipercayai telah meninggalkan pulau peranginan ini. Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pemeriksaan yang dijalankan di kuarters Hospital Langkawi mendapati pasangan tersebut tiada di kediaman mereka. “Pemeriksaan dengan pihak Hospital Langkawi mengesahkan suspek wanita yang bekerja sebagai jururawat itu juga tidak hadir bekerja,” katanya ketika dihubungi hari ini. Kata beliau, polis sedang giat mengesan kedua-dua suspek tersebut yang dipercayai sedang menyembunyikan diri bagi mengelak dikesan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya