DUNGUN – Sebuah stor penyimpanan peralatan perkahwinan dan katering musnah dalam kebakaran melibatkan kerugian dianggarkan ribuan ringgit di Kampung Sura di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, keseluruhan stor yang diperbuat daripada kayu terbabit telah musnah dalam kebakaran berkenaan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Saifuddin Muhammad berkata, kebakaran itu disedari penduduk kampung sebelum memaklumkan kejadian tersebut kepada pihaknya. “Dua jentera dengan kekuatan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Dungun dan Paka dekat sini telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat tentang kebakaran itu pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya