HULU LANGAT 2 Mac – Walaupun jumlah peratusan keluar mengundi sehingga pukul 12 tengah hari ini hanya mencecah 44 peratus, namun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) optimis sasaran awal sebanyak 70 peratus dapat dicapai. Sehubungan itu, Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun menyeru supaya semua pengundi berdaftar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih untuk keluar beramai-ramai menjalankan tanggungjawab masing-masing. Azhar Azizan juga berharap semua parti-parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk terus menggalakkan penyokong mereka keluar mengundi. “Setakat ini proses pengundian berjalan lancar. Pagi tadi pun saya lihat ramai yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya