HULU LANGAT 2 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum lagi menerima laporan berhubung insiden provokasi kain rentang dan calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali yang didakwa berkempen melebihi waktu yang ditetapkan. Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya berharap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan provokasi menerusi kain rentang atau apa sahaja usaha lain supaya menghentikan perkara berkenaan dengan segera. Dalam masa yang sama, Azhar Azizan menegaskan kejadian calon didakwa berkempen tidak sepatutnya berlaku memandangkan SPR telah menetapkan supaya aktiviti berkempen berhenti setakat 12 tengah malam tadi. “Saya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya