KUALA LUMPUR 21 Mac – Masjid dan surau Jumaat di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diminta mengadakan solat jenazah ghaib bagi mangsa insiden serangan masjid di Christchurch, New Zealand. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam laman Facebooknya berkata, solat jenazah dan solat sunat akan dilakukan selepas solat Jumaat esok. Orang ramai khususnya kaum mukmin turut diminta bersama-sama mengerjakan solat berkenaan dan berdoa bagi memohon kedamaian di negara ini.- UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya