MADRID 4 Mac – Masa depan Santiago Solari nampaknya bergantung kepada kemenangan Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara, tetapi dua kekalahan di tangan Barcelona dalam tempoh empat hari telah membangkitkan kembali masalah lama Los Blancos. Selepas tersingkir daripada saingan Copa del Rey dan menyaksikan impian memburu gelaran La Liga juga kian kelam, sekiranya ditimpa kekalahan ketiga dalam masa seminggu, ia hanya memburukkan keadaan Real. “Kami perlu bangkit. Inilah minggu yang paling memeritkan pernah saya alami sejak berada di sini,” kata pertahanan, Dani Carvajal. Ajax sepatutnya mencatat keputusan lebih baik berbanding…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya