PRAGUE 6 Mac – Seorang lelaki diserang sehingga mati oleh seekor singa peliharaan yang tinggal di rumah keluarganya di timur Republik Czech, di sini. Michal Prasek, 33, yang merupakan tuan kepada haiwan berusia sembilan tahun itu dan seekor lagi singa betina, ditemukan tidak bernyawa oleh bapanya dalam sebuah sangkar yang dikunci dari dalam. Singa berkenaan ditembak mati oleh polis yang dipanggil ke tempat kejadian. Jurucakap polis berkata pihaknya perlu menembak haiwan tersebut bagi membolehkan mereka mendapatkan mayat Prasek.-BBC
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya