PANTANG ada kesilapan sedikit, warganet nampaknya seakan tidak pernah mahu mensia-siakan segala peluang untuk mengecam dan mengkritik penyanyi berusia 18 tahun ini. Sejak membuat kemunculan pertama menerusi lagu berjudul Senyum, As’ad Motawh tidak pernah gagal menerima komen negatif daripada pembencinya dalam media sosial. Malah, ada yang bersikap keterlaluan dengan sengaja mencari kesalahan penyanyi ini meski adakalanya perkara yang berbangkit tidak relevan untuk dipanjangkan. Seperti isu dia dikecam kerana berhasrat mengadakan konsert The Percaya Tour yang telah pun memulakan siri jelajah semalam. Dituduh tidak layak mengadakan konsert kerana tidak mempunyai pakej…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya