KUALA LUMPUR 4 MAC – KERAJAAN tidak akan menggantikan kelapa sawit dengan tanaman lain memandangkan pendapatan negara daripada eksport komoditi itu dan produk berasaskan sawit mencecah kira-kira RM80 bilion setahun. Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin sebaliknya berkata, tanaman buluh, nanas dan kelapa hanyalah cadangan alternatif kepada para pekebun kecil dan bukan pengganti kepada kelapa sawit. Katanya, sawit tetap merupakan tanaman utama malah pelbagai usaha untuk memaksimumkan permintaan sawit telah dan akan dilakukan. “Kita sedang melakukan program di seluruh negara untuk memberitahu pengguna bahawa setiap titis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya