PERTEMUAN Pesona dengan Sabrina How, 30, berjalan lancar di ibu pejabat syarikatnya yang terletak di Sentul, Kuala Lumpur baru-baru ini. Disambut dengan senyuman manis, temu bual tersebut diatur bagi mengetahui rahsia gadis muda itu berjaya membangunkan sebuah syarikat pengeluar makanan sihat di bawah jenama Amazin’ Grace pada usia yang masih muda. Memulakan cerita, anak jati Klang, Selangor yang kini menjadi Ketua Operasi Eksekutif di Amazin’ Grace itu memulakan kerjaya di sebuah syarikat e-runcit Zalora selepas tamat pengajian pada tahun 2011. Selepas itu, dia terlibat dengan beberapa syarikat start-up lain sebelum…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya