JOHOR BAHRU 28 Mac – Pusat beli-belah baharu, R&F Mall Tanjung Puteri hari ini mula dibuka menerusi majlis pra-pelancarannya. Timbalan Pengurus Besar R&F Mall, Amy Tan berkata, bagi majlis pra-pelancaran itu, lebih daripada 50 kedai sudah dibuka. “Kita menjangkakan pusat beli-belah ini akan dibuka secara rasminya pada pertengahan tahun ini. “Apabila dibuka secara rasmi kelak, sebanyak 400 kedai dengan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa akan beroperasi di sini,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis pra-pelancaran pusat beli belah itu, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya