JAKARTA 1 Mac – Calon pilihan raya Presiden (Capres) Indonesia nombor 2, Prabowo Subianto beranggapan banyak pihak yang tidak suka dengan dirinya kerana mendakwa beliau sering mengetengahkan isu-isu berkaitan masalah yang dihadapi bangsa Indonesia. Prabowo menyatakan bahawa antara masalah yang jelas kelihatan melanda masyarakat negara ini termasuk ‘kekayaan negara mengalir ke luar’. “Ramai yang tidak suka dengan saya kerana saya timbulkan isu ini, tetapi ia harus diambil kira oleh semua pihak bagi memastikan kekayaan Indonesia menjadi milik rakyatnya,” katanya seperti yang dipetik Kompas.com. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya