KANGAR 9 Mac – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disarankan agar menimbangkan untuk memasukkan woodball sebagai salah satu daripada senarai jenis sukan di bawah program ‘Satu Murid, Satu Sukan’ di sekolah-sekolah seluruh negara ini. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah sukan berkenaan semakin mendapat sambutan, apatah lagi satu kejohanan peringkat dunia akan diadakan di negara ini tidak lama lagi. Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat menyempurnakan majlis penyampaian…










