IPOH – Kerja-kerja pembinaan rumah di sebuah tapak pembangunan di Klebang Restu di sini diarahkan dihentikan sementara berikutan kematian seorang pekerjanya petang semalam. Dalam kejadian kira-kira pada pukul 3.50 petang itu, mangsa, Mia Md. Ripon, 34, yang merupakan warga Bangladesh, maut di lokasi kejadian selepas terjatuh dari ketinggian enam meter ketika menjalankan kerja-kerja pemasangan tangki kumbahan. Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak, Ir. Zamzurin Maarof berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berpunca daripada kegagalan pepasangan perancah yang dipasang di kawasan tapak bina berkenaan. “Ketika kejadian, perancah yang digunakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya