KUALA LUMPUR – Siapa sangka kulit rambutan yang biasanya dibuang selepas isinya dimakan, sebenarnya memiliki bahan aktif semula jadi yang mampu merawat jangkitan kulat pada kulit dan kuku. Berdasarkan penemuan oleh SIRIM Berhad kira-kira empat tahun lalu, badan itu telah menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan krim antikulat berasaskan ekstrak kulit rambutan. Krim berkenaan adalah untuk membantu merawat penyakit kulit yang berpunca daripada kulat termasuk panau dan kurap. Kini ia dipasarkan oleh Procell PLT, sebuah syarikat bumiputera di bawah Program Symbiosis 3.0 kelolaan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia. Pengarah Urusan Procell PLT, Mohd…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya