HULU LANGAT – Calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi yang meraih kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih semalam menyifatkan kemenangannya itu sebagai hadiah hari lahir paling indah dalam hidupnya. Menurutnya, kemenangan itu yang tiba dua hari sebelum dia menyambut hari lahirnya yang ke-58 esok datang bersama tanggungjawab selaku seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan berkenaan. “Kemenangan itu adalah hadiah paling besar untuk saya sebagai orang biasa yang dipilih menjadi pemimpin bagi menyelesaikan permasalahan rakyat. “Saya rasa berbesar hati dan rasa terpanggil. Insya-Allah saya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya