PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Rabu ini. Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata, mesyuarat itu akan membincangkan mengenai tarikh-tarikh penting urusan PRK seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian awal, hari pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan dalam PRK itu. Mesyuarat yang dipengerusikan Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun itu juga akan membincangkan persiapan-persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut, katanya dalam satu kenyataan di sini hari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya