TOLONG bukti kemampuan anda mengendalikan pasukan Selangor dalam aksi berikutnya atau berundur secara profesional. Demikian luahan penyokong-penyokong tegar Selangor terhadap B. Sathianathan selepas jurulatih itu gagal menghadirkan keputusan yang positif dalam skuad Selangor sepanjang lima perlawanan Liga Super musim ini. Prestasi skuad Gergasi Merah dilihat semakin parah apabila terus gagal mencatat kemenangan pertama mereka setelah hanya mampu mencatat keputusan seri tiga kali dan tewas dua kali, termasuk kekalahan terbaharu 2-4 kepada juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman sendiri kelmarin. Pengerusi Badan Bertindak Kelab Penyokong Selangor, Mohammed Haniff Rana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya