BUTTERWORTH 5 Mac – Polis merampas sebanyak 78 kilogram dadah disyaki jenis ganja bernilai RM196,250 selepas menahan seorang lelaki di kilometer 137.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini semalam. Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi oleh anggota polis trafik selepas dikesan memandu kereta jenis Perodua Myvi berwarna oren dalam keadaan mencurigakan. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, ketika ditahan suspek sedang dalam perjalanan menuju ke Georgetown. “Pemeriksaan di dalam kereta itu mendapati terdapat tiga kotak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya