WELLINGTON 15 Mac – Tulisan putih pada senjata yang digunakan pelampau kulit putih rakyat Australia semasa melakukan serangan di dua masjid di Christchurch, New Zealand hari ini dipercayai ‘inspirasi’ kepada pembunuh kejam tersebut. Portal Daily Mail melaporkan, antara inspirasi itu adalah nama-nama tokoh sejarah yang berperang dengan empayar Uthmaniyah. Nama-nama yang ditulis dengan warna putih oleh Brenton Tarrant, 28, itu boleh dilihat ketika dia membuat serangan secara ‘live-stream’. Pemeriksaan nama tersebut mendedahkan kepada obsesinya dengan tokoh-tokoh sejarah yang bertempur melawan empayar Uthmaniyah. -AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya