JOHOR BAHRU 10 Mac – Penolong Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan menerima rasuah berjumlah RM30,000 pada 31 Oktober 2017. Tertuduh, Ismail Busrah, 39, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Kamarudin Kamsun. Berdasarkan kertas pertuduhan, Ismail menerima rasuah daripada Norazman Abdul Latif yang mana diketahui ada hubungan dengan tugas rasmi selaku pegawai penyelia sebuah projek di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang. Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM50,000 sekiranya gagal bayar akan dikenakan hukuman penjara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya