KOTA BHARU – Gara-gara membakar sebuah rumah, seorang pengutip besi dijatuhi hukuman penjara 15 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. Selain itu, tertuduh, Mohd. Roslan Pawi, 35, turut dikenakan hukuman penjara 12 bulan atas kesalahan menceroboh rumah terbabit. Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap kedua-dua tuduhan tersebut dan memerintahkan hukuman berjalan serentak bermula tarikh lelaki berkenaan ditangkap pada 28 September 2018. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menceroboh rumah milik Ghazali Ismail, 68, di Peringat di sini, pada 12.30 tengah malam, 28 September 2018.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya