KLUANG 5 Mac – Seorang pemandu lori tersepit dan cedera parah selepas kemalangan yang melibatkan empat lori di Kilometer 95.7 Leburaya Utara Selatan, berhampiran Yong Peng, pukul 12.17 tengah malam tadi. Selain mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu, tiga lelaki dan seorang wanita terselamat sebelum mereka menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng. Ketua operasi, Pegawai Bomba Kanan ll, Khairol Nizam Aresat berkata, sembilan anggota termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam dikejarkan ke tempat kejadian. “Mangsa yang cedera parah dikeluarkan pihak bomba sebelum dihantar ke hospital di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya