BESUT 7 Mac – Kalangan pelajar kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sememangnya mempunyai banyak kekurangan berbanding pelajar lain namun mereka juga mempunyai keistimewaan tersendiri. Malah jika diberi latihan serta panduan yang betul mereka juga mampu memperlihatkan kebolehan yang bukan sahaja setanding dengan insan yang sempurna bahkan lebih baik dan boleh dibanggakan. Atas kesedaran itu, seramai 40 pelajar kelas PPKI Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Dor dekat sini didedahkan kepada projek akuakultur dan batik. Perasmian kedua-dua projek serta galeri batik itu disempurnakan Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya