KEMAMAN 20 Mac -Sebanyak 18 notis saman dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) ke atas pengusaha kantin sekolah yang dipercayai melanggar peraturan kebersihan makanan sepanjang tahun lalu. Notis tersebut dikeluarkan mengikut 32B Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang melibatkan nilai kompaun berjumlah RM8,700. Timbalan Pengarah Keselamatan dan Kualiti Makanan JKNT, Dr. Kamarudzaman Ahmad berkata, kesalahan itu antaranya menggaji pekerja tanpa mengambil suntikan tifoid, tidak mematuhi etika kebersihan pakaian dan etika kebersihan diri. Beliau memberitahu, lain-lain kesalahan termasuklah pengendali makanan gagal memastikan tahap kebersihan premis dan makanan, tiada latihan atau kursus…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya