JOHOR BAHRU 6 Mac – Minat menjahit dan kelengkapan kanak-kanak digabungkan menjadi satu perusahaan buat suri rumah sepenuh masa, Shahizatul Farha S. Rosli, 35, atau lebih sesuai dengan gelaran work at home mom untuk membantu menambah pendapatan keluarganya. Shahizatul Farha atau lebih mesra dengan panggilan Farha, memulakan perusahaan berbentuk kraf tangan barangan kelengkapan kanak-kanak itu sejak tahun lalu, beberapa bulan setelah berhenti kerja sebagai seorang wartawan selama kira-kira 10 tahun. Sebelum memulakan perusahaan secara atas talian itu, dia melakukan satu pekerjaan secara sambilan, namun dalam masa sama tetap memikirkan untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya