RIO DE JANEIRO 5 Mac – Bekas pemain Brazil, Jose Ferriera Neto mengkritik Neymar secara terbuka dengan menyatakan pemain itu tidak layak beraksi buat pasukan kebangsaan terutama selepas tersingkir di suku akhir Piala Dunia Rusia tahun lalu. Bercakap kepada televisyen Brazil, bekas pemain berusia 52 tahun itu menyifatkan bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu tidak setaraf Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo. Neymar menjadi pemain termahal dunia pada 2017 selepas berhijrah dari Barcelona ke PSG dengan nilai perpindahan 222 juta euro (RM1.02 bilion) dan pada musim ini dia terlibat dengan 31 gol…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya