Episod putus cinta dengan pelakon Sarah Hildebrand merupakan tamparan yang besar buat pengacara Nabil Mahir. Mungkin sebab itu, Nabil tanpa segan silu menumpahkan air matanya di hadapan pihak media apabila diminta berkongsi mengenai hubungan cintanya dengan Sarah yang telah berakhir baru-baru ini. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, hubungan yang dibina selama lima tahun itu akhirnya terputus gara-gara perselisihan faham yang gagal diselesaikan antara mereka. Mengambil pendekatan untuk tidak memburukkan bekas kekasihnya, Nabil menganggap perpisahan merupakan jalan terbaik untuk kedua-dua pihak. Biarpun perit, Nabil yang pernah mempunyai impian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya