KEMAMAN 3 Mac – Lebih banyak nelayan asing khususnya Vietnam dijangka menceroboh perairan Terengganu, Pahang dan Kelantan seterusnya mengaut seberapa banyak tangkapan terutama sotong untuk dibawa pulang ke negara mereka. Apatah lagi, musim mencandat sotong bakal menyusul yang bermula Mac hingga Jun depan selain berakhir musim tengkujuh atau monsun Timur Laut. Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abdul Rashid berkata, pihaknya menjangkakan lebih banyak pencerobohan berikutan penahanan dua buah bot nelayan Vietnam bersama 13 orang nelayan berumur 14 hingga 54 tahun pagi semalam. Beliau memberitahu, kesemua nelayan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya