LAHAD DATU – Seorang suami bagaikan dirasuk syaitan apabila tergamak membelasah isterinya menggunakan sebatang ekzos motosikal dalam kejadian di sebuah rumah kongsi di Ladang Bagahak 2, Tungku di sini kelmarin. Kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu menyebabkan mangsa yang berusia 36 tahun lebam pada kedua-dua mata selain pecah bibir. Mangsa turut bengkak pada belakang badan akibat dipukul menggunakan ekzos motosikal oleh suspek berusia 29 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan. Difahamkan, ketika kejadian pasangan suami isteri itu telah bertengkar apabila mangsa cuba mempertahankan anak-anaknya daripada terus dimarahi oleh suspek. Ikuti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya